Sunday 23 October 2011

Salam Perkenalan : Buku Guru Arkitek Bangsa



Menyusuri perjalanan Fuad membina kerjaya dalam bidang perguruan. Dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang, beliau tetap meneruskan hasrat mengisi borang kemasukan ke maktab perguruan. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana tiada sebarang jawapan daripada pihak maktab selepas enam bulan. Akhirnya beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan enam dan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang bagi memasuki maktab perguruan.

Selepas berusaha siang malam, beliau akhirnya berjaya diterima masuk ke maktab perguruan. Maka bermulalah perjuangannya dalam usaha mengejar cita-cita menjadi guru. Banyak perkara yang ditempuhi menyedarkan dirinya, betapa menjadi guru itu perlukan kecekalan serta kesabaran yang tinggi, bukan sekadar pilihan terakhir sekiranya tidak mendapat kerja.

Beliau tidak mahu hanya sekadar menjadi guru biasa. Banyak peluang terbuka luas baginya memajukan kerjayanya dalam profesion perguruan dan mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Apakah peluang itu? Bukankah tugas guru hanya mengajar di dalam kelas? Kata orang, kerjaya guru tidak akan ke mana. Fuad membuktikan yang beliau mampu menjadi guru yang bukan sekadar guru. Baginya guru adalah arkitek yang melakar tamadun bangsa

No comments:

Post a Comment