Thursday 3 November 2011

Jenis-Jenis Kata Adjektif 3

Kata Adjektif Perasaan

Perkataan yang memberikan pengertian konsep perasaan ,sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama.


Contoh 

1. Ain sayang akan adiknya.
2.Ayah marah kerana abang pulang lewat ke rumah.
3.Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.
4.Ayah sungguh suka dengan kelakuan baik adik.
5.Dia amat kasih akan gurunya .

Jenis-Jenis Kata Adjektif 2

Jenis-Jenis Kata Adjektif 1

Kata Adjektif

Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat berperanan menerangkan sifat sesuatu kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahuluibatau diikuti oleh kata penguat.Contohnya seperti amat sakit, sakit sungguh ,terlalu banyak dan sebagainya.


Terdapat beberapa kata adjektif iaitu kata adjektif warna, kata adjektif,ukuran, kata adjektif sifat, kata adjektif bentuk, kata adjektif waktu,kata adjektif jarak,kata adjektif perasaan dan kata adjektif pacaindera

Sunday 23 October 2011

Salam Perkenalan : Buku Guru Arkitek Bangsa



Menyusuri perjalanan Fuad membina kerjaya dalam bidang perguruan. Dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang, beliau tetap meneruskan hasrat mengisi borang kemasukan ke maktab perguruan. Namun nasib tidak menyebelahinya kerana tiada sebarang jawapan daripada pihak maktab selepas enam bulan. Akhirnya beliau meneruskan pelajaran ke tingkatan enam dan berusaha mendapatkan keputusan cemerlang bagi memasuki maktab perguruan.

Selepas berusaha siang malam, beliau akhirnya berjaya diterima masuk ke maktab perguruan. Maka bermulalah perjuangannya dalam usaha mengejar cita-cita menjadi guru. Banyak perkara yang ditempuhi menyedarkan dirinya, betapa menjadi guru itu perlukan kecekalan serta kesabaran yang tinggi, bukan sekadar pilihan terakhir sekiranya tidak mendapat kerja.

Beliau tidak mahu hanya sekadar menjadi guru biasa. Banyak peluang terbuka luas baginya memajukan kerjayanya dalam profesion perguruan dan mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Apakah peluang itu? Bukankah tugas guru hanya mengajar di dalam kelas? Kata orang, kerjaya guru tidak akan ke mana. Fuad membuktikan yang beliau mampu menjadi guru yang bukan sekadar guru. Baginya guru adalah arkitek yang melakar tamadun bangsa